Saturday, August 8, 2009

Forex Trading (Panduan 1)

FOREX TRADING PANDUAN PERTAMA

Forex Trading Panduan 1 ini ditulis bagi mereka yang baru mahu bergiat dalam forex.Forex adalah singkatan dalam bahasa Inggeris yang biasa disebut FOREIGN EXCHANGE.Dalam Bahasa Malaysia maksudnya PERTUKARAN MATAWANG ASING.

Saya hanya menerangkan secara ringkas sahaja diBlog ini apa itu Forex. Forex adalah pasaran matawang asing dimana matawang tersebut dibeli dan dijual oleh bank-bank seluruh dunia dan saudagar-saudagar matawang asing.

APA PERBEZAAN FOREX DENGAN SAHAM?

Pelaburan dalam forex adalah jauh lebih baik berbanding dengan saham.Diatas beberapa faktor diBlog ini saya akan berikan faktor perbezaan Forex dan Saham secara ringkas sahaja ok.

1.Tiada Komisen

2.Kos transaksi yang rendah

3.Tranksaksi jual beli yang sangat cepat

4.Mudah untuk mencairkan keuntungan anda

5.Modal yang sangat rendah

6.Tiada manipulasi dalam forex

7.Dagangan dilakukan 24jam 5 hari dalam seminggu sabtu dan ahad tiada dagangan

8.Pasaran dua hala dalam bahasa Inggeris (Two way market)

9.Tiada kawalan dari mana-mana negara atau pasaran sentral

Ok la! itu serba sikit tentang forex yang dapat saya ceritakan pada anda kalau anda mahu maklumat yang lengkap anda boleh baca ebook forex yang telah ditulis oleh mereka-mereka yang pakar dalam forex ni.Saya hanya menerangkan nya secara ringkas sahaja kalau semuanya nanti tak lakulah ebook tu :)

Rasanya ramai yang tak sabar nak mula berdagang dengan forex kan .Okla! kita akan mulakan dengan tajuk yang berikut ini.

APAKAH YANG ANDA PERLU UNTUK BERDAGANG FOREX?

Dalam Forex kita sebagai seorang pedagang.Apa yang didagangkan? kita adalah seorang pedagang matawang.

Modal yang diperlukan dalam Forex juga tidaklah terlalu besar.Saya anggarkan modal dalam Forex unutk pemula hanya RM700.00 kalau ditukarkan dalam US lebih kurang USD200.00 anda sudah boleh memulakan dagangan anda di Forex. (ingat ini tidak termasuk modal peralatan jika anda belum mempunyai komputer peribadi ok).

BAGAIMANA MAHU MULAKAN URUSNIAGA DALAM FOREX?

Urusniaga dalam Forex dijalan dalam 2 arah jual dan beli senangnya disini kita sebutkan Buy and Sell.Ok saya tunjukkan pada anda bagaimana cara nya kita mahu beli jika pasara matawang itu dalam keadaan menaik.Jika harga pasaran naik kita berada didalam position (buy/Long).Jika anda membuat belian dalam position ini anda akan mendapat keuntungan dari belian anda itu.

Ok bagaimana pula mahu membuat keuntungan jika pasaran turun?.Jika pasaran menurun Anda perlu membuat jualan dengan (Sell/Short) maksudnya anda perlu menjual dahulu matawang anda semasa harga sedang naik dan anda membeli semula bila harga matawang berada diparas bawah iaitu rendah.

Ok disini saya sarankan pada anda jika mahu maklumat yang lengkap dalam Panduan Forex ini andalah belilah ebook di http://www.kuasaforex.com/index.php?ref=syurga anda dapat pelajari berbagai teknik dan cara analisa teknikal didalam ebook nya.

Bagi mereka yang baru saya sarankan cuba dahulu dengan DEMO supaya anda cekap dalam dagangan Forex itu nanti jangan terburu-buru terjun tanpa ilmu yang cukup anda boleh mencuba download di Metatrader4 untuk perisian DEMO anda dikomputer anda sendiri.ok cuba dulu.

Jangan sesekali anda terus membuka Real Akaun sebelum anda mencuba di DEMO.Nasihat semua pakar FOREX kepada mereka yang baru adalah JANGAN BERSIKAP TAMAK inilah yang paling penting maksud saya jika anda target untuk dapatkan untung USD100 sehari selepas target yang anda buat itu dapat anda tutuplah cerita Forex untuk hari itu anda sambung semula untuk esoknya.Kalau anda teruskan juga saya takut anda akan rugi dalam trade anda.

No comments:

Post a Comment