Saturday, August 8, 2009

Forex Trading (Panduan2)

FOREX TRADING PANDUAN UNTUK TRADER

Forex Trading 2

Ok saya tahu ramai diantara anda yang mahu membuat keuntungan dalam Forex tapi bagaimana caranya.Ada berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh pedagang Forex di Internet ini.Disini saya berikan beberapa contoh sahaja.

Pertama- Anda perlu ada Indicator khusus untuk anda mengetahui tentang turun naik matawang.

Kedua- Anda juga boleh menggunakan Templet yang khusus untuk mengetahui pergerakan matawang.

Ketiga- Robot ini saya tidak pasti hasilnya samada 100% atau 50% tapi Robot ini anda tidak perlu untuk berdagang semuanya dilakukan oleh Robot tersebut anda hanya install dan lihat sahaja dagangan anda itu di dagang oleh Robot tersebut.Bagi saya Robot ini hanya memberikan keuntugan pada anda dalam 75% sahaja.Kalau anda mahir membaca graf dan faham pergerakan Indicator dan mempunyai Templet yang canggih saya cadangankan anda berdagang sendiri tanpa Robot.

Kenapa saya buat Blog Panduan Forex ini?

Panduan Forex ini bertujuan untuk semua trader yang ada di Malaysia atau dimana sahaja dapat menyampaikan maklumat tentang turun naik matawang dari masa ke semasa supaya bagi mereka yang baru tidaklah tercari-cari bagaimana cara mahu berdagang Forex.Jadikan Blog ini sebagai tempat Trader bertukar pendapat dan memberikan maklumat dengan tepat .Jangan terlalu memikirkan diri sendiri orang lain pun nak tumpang senang juga betul tak :).

Di Blog ini juga saya akan berikan Indicator dan Templet (PERCUMA) kepada mereka yang join dengan Blog ini.Saya juga harap kepada otai-otai supaya boleh memberikan atau bertukar-tukar Indicator atau Templet yang ada dalam simpanan mereka.Saya juga akan mengirimkan kepada anda semua rahsia saya ketika berdagang forex melalui e-mail kalau anda adalah pembaca setia Blog ini boleh lah emailkan kepada saya disini.

mailto:syurga_35@yahoo.com Terus terang saya katakan Forex adalah punca pendapatan saya secara Full-time bukan Part-time.

Berapa modal yang saya gunakan mula-mula berdagang?saya hanya mula dengan USD200.00 sahaja.Sekarang modal yang saya ada dalam Forex ialah USD3000.00 ini modal tetap untung kaut keluarla jangan simpan :) Kalau anda mahu menggunakan Robot saya cadangkan baik mulakan dengan modal USD1000.00 atau USD3000.00 ini lebih selamat.

Kalau anda mahu menggunakan Robot dalam Trading anda saya boleh tolong tapi bukan secara Percuma sebab saya sudah lama cuba membuat Robot ini dan beberapa kali gagal dan sekarang saya sudah mempunyai Robot saya sendiri yang melakukan Trading untuk saya.Kalau anda mahu bolehlah email kan pada saya di panduan_forex@gmail.com tentang harga saya belum tentukan lagi tetapi anda perlu ingat menggunakan Robot bukan 100% tau saya cuma letakkan 80% sahaja.Kerana saya sudah dapat keuntungan dari Robot saya.

Saya baru 5 tahun bergiat dalam dagangan Forex ini.Banyak kali dah gagal dan banyak duit dah habis tapi saya tidak putus asa dan hasilnya sekarang pendapatan saya tidak kurang RM5000.00 sebulan.:)Saya tahu ramai otai-otai yang telah mencecah sampai belasan ribu sebulan malahan puluhan ribu mereka ini jutawan Forex tapi kebanyakkannya low profil :).

Jika anda mahu belajar dengan lebih detail anda boleh layarinya DISINI

Forex Trading (Panduan 1)

FOREX TRADING PANDUAN PERTAMA

Forex Trading Panduan 1 ini ditulis bagi mereka yang baru mahu bergiat dalam forex.Forex adalah singkatan dalam bahasa Inggeris yang biasa disebut FOREIGN EXCHANGE.Dalam Bahasa Malaysia maksudnya PERTUKARAN MATAWANG ASING.

Saya hanya menerangkan secara ringkas sahaja diBlog ini apa itu Forex. Forex adalah pasaran matawang asing dimana matawang tersebut dibeli dan dijual oleh bank-bank seluruh dunia dan saudagar-saudagar matawang asing.

APA PERBEZAAN FOREX DENGAN SAHAM?

Pelaburan dalam forex adalah jauh lebih baik berbanding dengan saham.Diatas beberapa faktor diBlog ini saya akan berikan faktor perbezaan Forex dan Saham secara ringkas sahaja ok.

1.Tiada Komisen

2.Kos transaksi yang rendah

3.Tranksaksi jual beli yang sangat cepat

4.Mudah untuk mencairkan keuntungan anda

5.Modal yang sangat rendah

6.Tiada manipulasi dalam forex

7.Dagangan dilakukan 24jam 5 hari dalam seminggu sabtu dan ahad tiada dagangan

8.Pasaran dua hala dalam bahasa Inggeris (Two way market)

9.Tiada kawalan dari mana-mana negara atau pasaran sentral

Ok la! itu serba sikit tentang forex yang dapat saya ceritakan pada anda kalau anda mahu maklumat yang lengkap anda boleh baca ebook forex yang telah ditulis oleh mereka-mereka yang pakar dalam forex ni.Saya hanya menerangkan nya secara ringkas sahaja kalau semuanya nanti tak lakulah ebook tu :)

Rasanya ramai yang tak sabar nak mula berdagang dengan forex kan .Okla! kita akan mulakan dengan tajuk yang berikut ini.

APAKAH YANG ANDA PERLU UNTUK BERDAGANG FOREX?

Dalam Forex kita sebagai seorang pedagang.Apa yang didagangkan? kita adalah seorang pedagang matawang.

Modal yang diperlukan dalam Forex juga tidaklah terlalu besar.Saya anggarkan modal dalam Forex unutk pemula hanya RM700.00 kalau ditukarkan dalam US lebih kurang USD200.00 anda sudah boleh memulakan dagangan anda di Forex. (ingat ini tidak termasuk modal peralatan jika anda belum mempunyai komputer peribadi ok).

BAGAIMANA MAHU MULAKAN URUSNIAGA DALAM FOREX?

Urusniaga dalam Forex dijalan dalam 2 arah jual dan beli senangnya disini kita sebutkan Buy and Sell.Ok saya tunjukkan pada anda bagaimana cara nya kita mahu beli jika pasara matawang itu dalam keadaan menaik.Jika harga pasaran naik kita berada didalam position (buy/Long).Jika anda membuat belian dalam position ini anda akan mendapat keuntungan dari belian anda itu.

Ok bagaimana pula mahu membuat keuntungan jika pasaran turun?.Jika pasaran menurun Anda perlu membuat jualan dengan (Sell/Short) maksudnya anda perlu menjual dahulu matawang anda semasa harga sedang naik dan anda membeli semula bila harga matawang berada diparas bawah iaitu rendah.

Ok disini saya sarankan pada anda jika mahu maklumat yang lengkap dalam Panduan Forex ini andalah belilah ebook di http://www.kuasaforex.com/index.php?ref=syurga anda dapat pelajari berbagai teknik dan cara analisa teknikal didalam ebook nya.

Bagi mereka yang baru saya sarankan cuba dahulu dengan DEMO supaya anda cekap dalam dagangan Forex itu nanti jangan terburu-buru terjun tanpa ilmu yang cukup anda boleh mencuba download di Metatrader4 untuk perisian DEMO anda dikomputer anda sendiri.ok cuba dulu.

Jangan sesekali anda terus membuka Real Akaun sebelum anda mencuba di DEMO.Nasihat semua pakar FOREX kepada mereka yang baru adalah JANGAN BERSIKAP TAMAK inilah yang paling penting maksud saya jika anda target untuk dapatkan untung USD100 sehari selepas target yang anda buat itu dapat anda tutuplah cerita Forex untuk hari itu anda sambung semula untuk esoknya.Kalau anda teruskan juga saya takut anda akan rugi dalam trade anda.